Labels


News after coming back from festive holiday

on Friday, October 10, 2008

Walaupun cuti agak lama sebab orang semua dah start keje tapi Ibu baru je start keje semalam tapi rasa sekejap je cuti raya. Pejam celik pejam celik dah kene kerja. Anyway, raya tahun ni rasa meriah dengan adanya Haizreel anak Ibu. Pagi raya Haizreel tak dapat pakai baju melayu sebab tak ada saiz so Haizreel cuma pakai baju 'bebek' but still new and branded one...baju raya. Before raya Ayah dengan Ibu dah memborong sakan kat Branded Outlet dekat Ikano. So Haizreel ada banyak baju raya yang nak dipakai.

First Raya:
Seperti biasa tak pergi ke mana since first raya ramai bebudak datang ke rumah. Tahun ni Nenek ada invite anak-anak yatim untuk datang berhari raya ke rumah. Adlah dalam 20 orang anak yatim datang so riuh sikit la rumah. Lepas tu dengan bebudak kampung lagi datang beraya. Penat gile waktu tu. Sampai at one time Maklong nye dah tak larat nak layan nak bagi duit raya je. Tapi yang baiknya bebudak ni dia orang datang nak beraya masuk kerumah, makan kueh, minum and then bersalam and get duit raya. Kalau kat rumah Tok di Jitra, bebudaknya siap cakap lagi dia orang datang nak duit je. Haizreel dah pakai baju raya tapi tak pergi beraya ke mana-mana sebaliknya Ayahnya plak yang pergi beraya ke Selama.

2nd Raya:
Ibu bagi tahu Nenek kalau nak pergi beraya kena siap pagi-pagi sebelum ada orang lain datang beraya. Nasib baik Haizreel pun bangun pagi. Cadangnya nak pergi beraya ke rumah sedara mara. Sempat pergi ke Tapah je rumah Wan Tapah. On the way nak pergi beraya ke rumah Uci Ated, Nenek call bagi tahu yang dia orang kena balik rumah sebab Tok Su datang and kakak and abang Pak Long nak datang. Ayah ajak Ibu pergi Jaya Jusco je tapi Tok Su and Nenek Su nak tengok Haizreel sebab dia orang tak pernah tengok Haizreel lagi, so we went back. Kesian Haizreel tak sempat nak pi jalan beraya untuk kutip duit raya..hehehe..Yang bestnya actually Haizreel tak yah pergi mana-mana pun. Sedara mara yang datang kat rumah Nenek bagi Haizreel duit raya.

3rd Raya:

Balik rumah Tok kat Jitra jumpa Tok, Toksu, Maklang, Paklang, Paksu, Abang Adam, Kakak Wane and Kakak Yana.

4th Raya:
Haizreel pergi rumah Aunty Yasmeen and after that pergi rumak Makcik Nana.

6th Raya:
Haizreel pergi beraya ke rumah Pakcik Anuar dengan Makcik Ani.

Experience Haizreel beraya di Jitra:- panas and panas. The whole day Haizreel pakai diapers aje. Tak pakai pun baju raya. Cuma bila pergi beraya je terpaksa la pakai baju. Yang kesiannya baju Haizreel kebanyakkannya tebal-tebal. Panas anak Ibu. Balik KL on Tuesday since on Wednesday Haizreel ada appointment dengan Dr. Siti Mazliah. Kesian Haizreel balik KL anak Ibu ni selsema, demam sikit and batuk. Mungkin sebab pertukaran cuaca.



Lastly di sini Haizreel ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah memberi Haizreel duit raya seperti:

Nenek, Atok, Maklong, Tok, Toksu, Uci Ated, Tok Man, Tok Su, Makcik, Maklang, Aunty Yasmeen & Nenek(Mak Aunty Yasmeen), Pakcik Anuar, Aunty Tan & Aunty Wong.

Semoga tahun depan Haizreel akan dapat duit raya banyak lagi...hehehe.

Note: Aunty Fanim, Aunty Nomy & Uncle Azlan, tak nak bagi duit raya ke dekat Haizreel..hehehe..

Selamat Hari Raya

on Friday, September 26, 2008

Hari raya datang lagi. Cuma tinggal 4 hari sahaja lagi untuk seluruh umat islam menyambut hari raya. Tahun ni suasana hari raya serta sambutannya amat berbeza dengan kehadiran Haizreel di sisi. Keutamaan Haizreel diberi perhatian utama sampaikan ibu dan ayahnya tak de beli baju raya untuk diri sendiri. Nasib baik masa birthday Ibu kakak Nadia bagi hadiah kain and kain tu pun dah di buat baju, maka itulah baju raya Ibu. Tahun ni Ibu dan Ayah sakan beli baju untuk Haizreel, shopping kat Ikano. Bagai nak rak Ayah membeli baju Haizreel berhabis-habisan dengan seluar jeansnye, bodysuit, t-shirt and etc. Nasib baik pergi petang and dah nak waktu berbuka, kalau tidak lagi banyak lah berhabis. Ayahnya yang over excited, Haizreel cool je. Ni pun Ayahnya berkenan nak beli kasut PUMA kat Haizreel. regenya je seratus lebih. Mak ai! Mahalnya. Kasut Ibu pun rege tak sampai RM40 beli kat Vincci ari tu. Untungnya anak Ayah ni.

Tahun ni kami sekeluarga balik beraya di Gopeng. Hari ke-3 raya baru balik Jitra. Atok Gopengnye dah tak sabar nak tengok Haizreel. Same goes with Tok Jitranya. Sabar2ye sebab kene ikut giliran hehehe...

Ibu dengan Ayah cari baju melayu untuk Haizreel tapi tak de saiz lagi, next year baru Haizreel boleh merasa pakai baju melayu. Mesti bertambah comel and handsome anak Ibu nanti.

Akhir kata, 'Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin' untuk semua dan 'Berhati-hati di Jalanraya. Bagi kengkawan yang nak balik menghala ke arah utara tu singgah-singgah lah kat rumah.