Labels


Haizreel Masuk Sime Darby Medical Centre

on Monday, February 16, 2009

Pagi hari Ahad badan Ariel panas...anak Ibu demam. Ibu bagi Ariel makan ubat demam. Tengahari tu Ibu rasa badan Ariel dah tak berapa panas, ingatkan dah ok sebab Ariel jarang demam teruk. Ibu ajak Ayah pergi Carrefour untuk beli barangan rumah sebab dah habis. Kami pun pergi Carrefour untuk beli barangan rumah and pergi makan dekat Nando's Subang Parade. Masa kat Subang Parade Ariel tak aktif sangat pun and dia tido. Ibu pangku Ariel tido sambil makan. Pastu Ayah dah habis makan, Ayah plak bawak Ariel jalan-jalan jap sambil Ibu plak makan. Balik dari jalan-jalan tu, Ayah bagi tahu Ibu badan Ariel ni panas semacam je. Kami pun terus balik rumah and Ibu ambik temperature Ariel. Bacaan dia 37.4. Sah-sah anak Ibu demam. Ibu dengan Ayah pun bawak Ariel pergi Klinik kat Taipan. Doctor bagi ubat demam and batuk.

Balik Ibu hanya pakaikan pampers je dekat Ariel. At the same time, Ibu pun tak sihat jugak. Rasa senak kat perut and diarhea. Badan pun terasa lemah je sejak balik dari Carrefour. Thanks to Ayah...Ayah yang jaga Ariel. Dah lewat malam, Ariel tak nak tido. Waktu tu Ibu rasa badan Ariel dah kurang panas. Ibu dodoi Ariel kat living room sambil teman Ayah tengok tv. Ariel pun tertidur kat situ. Ibu still rasa tak larat lagi mungkin kesan daripada diarhea. Ayah suruh masuk tido kat bilik tapi Ibu kata tak pe le kita semua tido kat depan sebab kesian kat Ariel. Takut nanti dok dukung dia terjaga plak. So we all tido kat living room depan tv.

Around pukul 6.00, Ariel merengek. Ayah terjaga dulu and then Ibu. Ayah rasa badan Ariel panas. Ibu ambik temperature Ariel dah 38.2. Ayah telefon Makcik Nana (adik Ayah, dia nurse)and Nana suggest untuk bawak Ariel pergi hospital. Ariel pun waktu tu dah start diarhea and muntah2 esp bila lepas makan ubat. Kami pun terus bawak Ariel pergi Sime Darby Medical Centre, Unit Kecemasan. Ada doctor melayu check Ariel and dia kata kalau besok Ariel demam lagi and cirit-birit lebih daripada 4 kali, dia suruh datang balik. So balik tu we all monitor la perkembangan Ariel. The next morning demam Ariel still tak kebah and dia cirit-birit dah 4 kali plus muntah. Ibu dengan Ayah risau sungguh. Kesian sangat tengok Ariel. Lemah sungguh rupa dia. Semalam pun dia asyik tido je. Pagi tu lagi sekali Ibu dengan Ayah bawak Ariel pergi Sime Darby Medical Centre dekat Unit Kecemasan.

Sampai kat hospital around 7 something pagi. Doctor check dia kata Ariel kena admit. Aduh....Then Doctor kata Ariel kena masuk air sebab takut dia dehydrated. Masuk nak cucukkan jarum kat tangan anak Ibu ni (Doctor suruh Ayah dok kat luar, cuma sorang je boleh ada kat dalam), Doctor tak boleh nak cari vein. Kesian sungguh tengok Doctor tu dok keriok2 jarum tu nak cari vein tapi tak jumpa. Dia kata sebab Ariel kurang air, so vein dia tak kembang and tak nampak. Waktu tu Ariel dah menangis bagai nak rak. Ya Allah.....ibu dengar suara Ariel menangis, luluh jantung Ibu...dengan Ibu sekali menangis. Sampai Doctor kata kat Ibu, kalau Ibu tak tahan dia suruh Ibu keluar. Ibu kata tak pa...Ibu nak ada dengan anak Ibu. Since tangan belah kiri Ariel Doctor tak boleh jumpa vein tu, dia pun cucuk plak tangan kanan. nasib baik kat tangan kanan Doctor jumpa. Tapi Ibu tahu anak Ibu mengalami kesakitan. Dalam hati Ibu berdoa biarlah kesakitan itu Ibu yang tanggung, ringankan lah rasa kesakitan tu untuk Ariel.

Selepas itu nurse suruh Ibu pangku Ariel and duduk kat kerusi roda. Dia tolak Ibu dengan Ariel pergi wad. Wad kami dibangunan baru (Outpatient) tingkat 2, single bedroom. Hari tu Ariel tak nak dengan orang lain. Nak dengan Ibu je. Ayah nak dukung dia pun, dia menangis. Lemah je...and dia tido je. Pagi tu dah telefon Nenek and Tok. Tok and Toksu bagi tahu Ayah dia orang nak datang naik naik bas tengahari and sampai malam. Nenek dengan Atok pun nak datang tapi besok pagi. Semua orang nak datang tengok Haizreel sebab ni first time Ariel kena masuk hospital selepas dia dilahirkan.

Yang sedihnya, bila Ariel tengok je drip tu, lepas tu dia tengok tangan dia....Ariel pun menangis. Sedih Ibu tengok. Asyik menangis je dia hari tu. Dia terasa sakit tu. Bila waktu malam Ayah dengan Ibu berada di dalam dilema samada nak pangku je Ariel tido sampai pagi atau pun bagi Ariel tido atas katil. Then we decide bagi Ariel tido atas katil sebab kalau pangku je takut dia tak selesa. Ibu and Ayah rotate jaga Haizreel. Ibu take turn first since Ayah kena balik rumah ambik baju. Bila Ayah came back, then Ayah plak jaga Ariel. Baru je Ibu nak terlelap, Ibu dengar Ayah jerit nama Ibu. Terkejut Ibu. Bangun Ibu tengok ada banyak tompok darah kat bedsheet Ariel. Ibu suruh Ayah tekan buzz call nurse tapi Ayah dah keluar panggil nurse sebab bilik Ariel dengan kaunter nurse tu tak jauh, berdepan je sikit. Nurse datang tengok. Rupa-rupanya Ariel punya tiub tu dah nak tercabut and jarumnye pun dah bengkok. Aduh...bergetar hati Ibu dengar. Nurse tu pun bukak balik all the tiub and jarum and bagi tahu dah tak boleh guna. Kena cucuk balik. Waktu tu Ariel dah menangis bagai nak rak sambil tendang-tendang kaki lagi. Ibu tahu anak Ibu berada di dalam kesakitan. Ya Allah, Tuhan saja tahu betapa sedihnya hati Ibu dengar Ariel menangis. Tangan Ariel pun bengkak. Nurse pun letak plaster kat tangan Ariel. Ibu pun dodoi Ariel tido. Lepas nurse tukar bedsheet, Ariel pun tido. Ibu pun letak Ariel balik kat katil. Dapatlah Ariel tido dengan selesa cause tak de drip yang melingkar. Tengok muka Ariel tido Ibu rasa kesian yang amat sangat dan sedih memikirkan peristiwa yang baru berlaku.

Besok pagi plak, demam Ariel dah berkurangan tapi kat badan and muka timbul rashes plak tapi doctor kata ini sebab virus. So doctor kata dia letakkan Ariel dalam observation until the next day. So berkampung lah Ibu and Ayah dekat hospital selama 3 hari 2 malam.


2 comments:

Ibu_Rizqi said...

macam mana ur baby sekarang? dah ok ke? kesian nyer kat haizreel... take care...

Ibu-Haizreel said...

Tq. Dah ok dah. My mum bagi tahu Ariel demam nak membeli tapi terlebih beli. Memang pun sejak keluar hospital ni boleh tahan lasaknya...nak berdiri lah, dah pandai membebel and etc.