Start dari hari Ahad lagi badan Ibu dah tak berapa sihat, batuk kering dengan selsema ditambah ramuan dengan sakit tekak. Ingat hari Isnin semalam macam malas nak pergi keje tapi bila memikirkan keje yang berlambak yang terpaksa disetelkan terpaksa jugak la ibu pergi keje...wa..wa...wa...sampai bila lah aku kene buat keje berlambak ni sorang2. Ni semua Azlan dengan Tajuddin punya pasal la...meninggalkan khazanah lapok kat Ibu..eeeeee...Tapi tak pe dengar cite Friday ni depa nak interview orang. Harap-harap yang join tu mereka-mereka yang boleh diharapkan.
Lagipun semalam Ibu ada meeting kat KL Sentral..makan kat Spoon, kat Sooka Sentral. Partner belanja Ibu, En. Fadhil dengan Jebat makan dim sum. Control macho je semua makan dim sum..mamat tu tanya "Do you want anything heavy?". Ibu tergerak hati nak kata yes tetapi memandangkan En. Fadhil dengan Jebat say "no thanks", Ibu pun senyum je le. Segan plak nak order walaupun perut lapar gile. Dah la datang menyebarkan virus batuk kat depa.
Habis je discussion around 3, Ibu pun balik terus rumah, nasib baik tak jam. Dalam kereta lapar gile, nak makan nasi. Teringin pulak nak makan ikan masak asam pedas. Apa lagi operasi pun bermula la, singgah kat kedai depan rumah beli ikan dan bendi. Sampai rumah around 4, sembahyang zohor dulu lepas tu operasi memasak pun bermula. Masa tengah nak habis masak tu tiba-tiba terdengar macam bunyi guruh je..alamak nak hujan. Kena pergi ambik Haizreel cepat. Tak sempat nak masak nasi. Pergi mandi and sembahyang asar, lepas tu terus pergi ambik Haizreel. Dalam hati tak pe tunggu Haizreel tido nanti baru nak masak nasi. Selalunya Haizreel dalam pukul 6.30 - 7.00 petang selalunya dia tido. Ha..ha..ha...tido apa, dia nak main-main, jenuh gak la melayan dia main-main and finally dia tido pukul 8.30 malam. Mak ai...Ibu dia dah kering tekak menyanyi-nyanyi, mendodoi-dodoikan Haizreel untuk tido, ditambah dengan perut pun berlagu sayang. Lepas tu baru masak nasi, dekat pukul 9.00 gak baru Ibu makan. Alahai...menahan lapar dari siang...uhuks..

Ibu Haizreel![]()
My HeroesYou Complete Me Tik-Tok-Tik-TokBlog Archive |
FriendsLabels
|

Labels: Sick
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment