Hari raya datang lagi. Cuma tinggal 4 hari sahaja lagi untuk seluruh umat islam menyambut hari raya. Tahun ni suasana hari raya serta sambutannya amat berbeza dengan kehadiran Haizreel di sisi. Keutamaan Haizreel diberi perhatian utama sampaikan ibu dan ayahnya tak de beli baju raya untuk diri sendiri. Nasib baik masa birthday Ibu kakak Nadia bagi hadiah kain and kain tu pun dah di buat baju, maka itulah baju raya Ibu. Tahun ni Ibu dan Ayah sakan beli baju untuk Haizreel, shopping kat Ikano. Bagai nak rak Ayah membeli baju Haizreel berhabis-habisan dengan seluar jeansnye, bodysuit, t-shirt and etc. Nasib baik pergi petang and dah nak waktu berbuka, kalau tidak lagi banyak lah berhabis. Ayahnya yang over excited, Haizreel cool je. Ni pun Ayahnya berkenan nak beli kasut PUMA kat Haizreel. regenya je seratus lebih. Mak ai! Mahalnya. Kasut Ibu pun rege tak sampai RM40 beli kat Vincci ari tu. Untungnya anak Ayah ni.
Tahun ni kami sekeluarga balik beraya di Gopeng. Hari ke-3 raya baru balik Jitra. Atok Gopengnye dah tak sabar nak tengok Haizreel. Same goes with Tok Jitranya. Sabar2ye sebab kene ikut giliran hehehe...
Ibu dengan Ayah cari baju melayu untuk Haizreel tapi tak de saiz lagi, next year baru Haizreel boleh merasa pakai baju melayu. Mesti bertambah comel and handsome anak Ibu nanti.
Akhir kata, 'Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin' untuk semua dan 'Berhati-hati di Jalanraya. Bagi kengkawan yang nak balik menghala ke arah utara tu singgah-singgah lah kat rumah.

Ibu Haizreel![]()
My HeroesYou Complete Me Tik-Tok-Tik-TokBlog Archive |
FriendsLabels
|

Labels: Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment