Labels


When Haizreel is 3 months old......

on Monday, August 18, 2008

Apa yang anak Ibu dah pandai bila berumur 3 bulan ________________________________________


Haizreel dah pandai:

  1. Menonton cerita di tv seakan faham akan jalan ceritanya.
  2. Asyik nak hisap jari and fist dia. Sampai terbatuk2 dek asyik menjolok je. Kadang-kadang bagi susu pun tak nak, sibuk dia nak hisap tangan dia. Berlumur dengan air liur je anak Ibu ni.
  3. Meragam dulu sebelum tidur.
  4. Dah pandai mengiring. Bila tidur waktu malam mesti nak mengiring dekat Ibu supaya senang Ibu peluk-peluk dia.
  5. Dah pandai mengelak untuk makan ubat. Bukan main susah lagi nak bagi makan ubat. Lepas tu guna air liur dia untuk keluarkan ubat tu balik.
  6. Bila time mandi kat dalam bath tub asyik nak berdiri je and tak nak duduk diam. Ibu takut terlepas je sebab licin and Haizreel pulak dah kuat.
  7. Kalau waktu siang jangan harap Haizreel nak tidur guling-guling atas tilam je. Dia mesti nak tidur atas rocker dia sebab dah terbiasa. Nampak gayanya rocker tu Ibu terpaksa bawak kemana sahaja Haizreel nak pergi kecuali kalau pergi shopping complex la. Tidur dodoi-dodoi lagi la dia suka...
  8. Sekarang ni bila bangun untuk menyusu pukul 3 pagi Haizreel akan terjaga terus. Mata nya....tu dia.. bulat je...terpaksa la ibu dodoi-dodoikan dan guna pelbagai skill tarian untuk tidurkan dia. Lepas tu nanti pukul 6-7, Haizreel akan bangun menyusu dan berjaga terus.
  9. Haizreel umur sebulan lagi dah pandai senyum. Masuk 3 bulan ni senyumannya bertambah manis lagi. Senyuman Haizreel pengubat hati Ibu.
  10. Meragam bila letak kat car seat @ carrier dia sebab car seat Haizreel tu dah kecik. Nanti bila Haizreel besar and kuat sikit lagi, Ibu beli car seat yang besar ye.

0 comments: